ADNAGENDANASIONALSELANGOR

Jalin hubungan erat dengan MTUC, bela nasib pekerja

SHAH ALAM, 3 OGOS: Kerajaan Selangor diharap dapat menjalin kerjasama erat dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Ahli Dewan Negeri Kota Damansara Shatiri Mansor berkata usahasama itu perlu bagi memastikan nasib pekerja di Selangor sentiasa terbela.

“Alhamdulillah, baru-baru ini Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) mengadakan perjumpaan bersama MTUC.

“Saya harap hubungan ini dapat diteruskan supaya pekerja di Malaysia dan Selangor khasnya merasa yakin bahawa Kerajaan Negeri benar-benar membela nasib mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perbahasan usul Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dalam sidang Dewan Negeri Selangor baru-baru ini.

RS-1 dibentangkan Dato’ Menteri Besar pada 27 Julai lalu menjadi kerangka pembangunan negeri bagi tempoh lima tahun melibatkan nilai keseluruhan RM212.44 bilion.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sebanyak RM92.44 bilion disalur kepada projek pembangunan peringkat negeri termasuk pelaksanaan beberapa insentif bagi menjamin kebajikan rakyat.


Pengarang :