Ubi ngaku atau sengkuang cina digoreng untuk dijadikan kerepek ngaku. Foto BERNAMA
PBTSELANGOR

Jangan buang minyak masak terpakai, MPSepang sedia beli RM3 sekilo

SHAH ALAM, 5 OGOS: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) sedia membeli minyak masak terpakai pada harga RM3 sekilogram atau mengikut harga pasaran.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata orang ramai boleh menjual bahan berkenaan di Pusat Inovasi @Sepang yang dibuka sepanjang Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang.

“Jangan buang minyak masak terpakai anda. Kumpul dan jual kepada kami. Kami akan proses untuk dijadikan biodiesel,” katanya di Facebook pada 3 Ogos.

Menurutnya, mereka yang ingin menghantar minyak masak terpakai perlu menapis dan menyimpannya dalam bekas bersesuaian.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Persekitaran di talian 03-8319 0246, 03-8319 0238 dan 03-8319 02389.


Pengarang :