Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap sempena program Jelajah Selangor Penyayang di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 31 Julai 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jelajah bantuan rakyat diterus hujung September, tumpu agenda RS-1 dan belanjawan

SHAH ALAM, 29 OGOS: Program Jelajah Selangor Penyayang fasa dua disambung semula mulai hujung September hingga pertengahan Oktober depan.

Dato’ Menteri Besar berkata jelajah bantuan rakyat melibatkan daerah Klang, Sabak Bernam, Sepang dah Hulu Selangor memfokuskan agenda Rancangan Selangor Pertama (RS-1) serta inti pati Belanjawan Selangor 2023.

“Akhir bulan September nanti kita mulakan semula program jelajah di empat daerah sehingga pertengahan Oktober. Kita masukkan elemen RS-1 serta Belanjawan Selangor.

“Belanjawan 2023 kita jangka dibentang pada Oktober atau November ini,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari selepas merasmikan majlis penutup Bulan Falak Selangor 2022 anjuran Jabatan Mufti Negeri Selangor di Hotel De Palma di sini, hari ini.

Jelajah Selangor Penyayang membuka tirainya pada 19 Jun di Taman Kosas Ampang Jaya diikuti Dataran Pantai Morib Kuala Langat dan Stadium Utama Kuala Selangor.

Program fasa pertama itu turut diadakan di Dataran Boulevard Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya serta Padang Awam Batu Caves Gombak.

Jelajah yang disusun semula dari Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) dijayakan menerusi peruntukan RM600 juta supaya lebih ramai penduduk memperoleh manfaat disediakan Kerajaan Negeri.

Turut dilaksana, program Selangor Saring untuk mengesan penyakit kronik dengan perbelanjaan RM1.5 juta yang memanfaatkan 5,000 orang terutama golongan berisiko.

 

 


Pengarang :