AGENDANASIONAL

Kanak-kanak lelaki enam tahun rentung rumah terbakar

SHAH ALAM, 15 OGOS: Seorang kanak-kanak lelaki rentung manakala lima lagi melecur dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Perpaduan, Kinabatangan tengah malam tadi.

Mangsa rentung dikenali Mohd Adlinsyah Mohd Adsni, 6, sementara yang lain merupakan ibu bapa dan adik-beradik mangsa berusia antara tiga hingga 43 tahun, lapor Berita Harian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan Nurul Azlan Shah Jamaluddin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.40 tengah malam dan enam anggota dihantar ke lokasi.

“Selepas api dikawal jam 2.04 pagi, pemeriksaan menemukan seorang kanak-kanak rentung di bilik. Lima lagi mangsa yang berjaya menyelamatkan diri dilaporkan melecur lima hingga 70 peratus di badan.

“Semua mangsa cedera dihantar ke Hospital Kinabatangan dan mayat mangsa rentung diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya menambah punca kebakaran masih dalam siasatan.

Menurut Nurul Azlan, sebuah motosikal turut musnah dan rumah berkenaan hangus sepenuhnya.


Pengarang :