Suasana jualan makanan anjuran Persatuan Kendera Saji Selangor di Padang Perbandaran MPAJ, Ampang pada 31 Ogos 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Karnival makanan anjuran Persatuan Kendera Saji Selangor meriah, tawar harga serendah RM5

AMPANG, 31 OGOS: Karnival makanan anjuran Persatuan Kendera Saji Selangor sejak Jumaat lalu di Padang Perbandaran MPAJ, Pandah Indah di sini mendapat sambutan menggalakkan walaupun hujan.

Ahli jawatan kuasa Mohd Fairuz Mustafa berkata pihaknya menawarkan harga serendah RM5 untuk beberapa menu tertentu sejak semalam di 15 kendera saji.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Kendera Saji Selangor Mohd Fairuz Mustafa

“Program ini sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-65 selain inisiatif persatuan dalam membantu ahli yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Alhamdulillah sambutan menggalakkan dan menerima pengunjung yang ramai meskipun hujan pada waktu-waktu tertentu. Jualan sepanjang enam hari bermula jam 5 petang akan berakhir 11.30 malam ini,” katanya hari ini

Terdahulu, tinjauan Selangorkini mendapati sambutan karnival berkenaan memberangsangkan dengan kunjungan orang ramai bagi mendapatkan juadah sempena cuti Hari Kemerdekaan.

Antara makanan yang dijual termasuklah keropok lekor, mi goreng mamak, char kuey teow, kebab, ayam goreng dan pelbagai jenis minuman.

Suasana jualan makanan anjuran Persatuan Kendera Saji Selangor di Padang Perbandaran MPAJ, Ampang pada 31 Ogos 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

 

 

 


Pengarang :