Aaron Chia-Soh Wooi Yik menewaskan wakil India Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy 20-22, 21-18, 21-16 untuk mara ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun pada 27 Ogos 2022. Foto Facebook Persatuan Badminton Malaysia
AGENDASUKANKINI

Kejohanan Dunia: Aaron-Wooi Yik mara ke akhir, lawan pemain Indonesia esok

SHAH ALAM: Beregu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mencipta sensasi apabila mara ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia di Jepun, sebentar tadi.

Aaron-Wooi Yik yang juga pilihan keenam kejohanan menewaskan pilihan ketujuh dari India Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy 20-22, 21-18, 21-16 dalam pertarungan selama 1 jam 17 minit.

Pada aksi akhir esok, pasangan nombor satu negara itu akan menentang wakil Indonesia yang juga pilihan ketiga Mohamed Ahsan-Hendra Setiawan.

Mereka sebelum itu menundukkan rakan senegara yang juga pilihan kelima Fajar Alfian-Muhamad Rian Ardianto 23-23, 12-21, 21-16.

 


Pengarang :