Deretan kendera saji di tapak Foodtruck Drawbridge, Kuala Terengganu pada 20 September 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Kendera saji MBPJ sedia pelbagai menu viral, aktiviti menarik

SHAH ALAM, 15 OGOS: Orang ramai dijemput mengunjungi jualan kendera saji yang bertempat di Dataran Boulevard MBPJ, Seksyen 52 Petaling Jaya yang dibuka mulai hari ini.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkata Sembang @PJ Art Lane menyajikan pelbagai menu viral termasuk aktiviti seperti muzik jalanan, kereta mainan kanak-kanak dan lokasi swafoto dengan mural yang cantik.

Antara menu menarik ialah makanan tempatan, barat, Jepun, Mexico selain stimbot, sate, char kway teow, laksa, jus buahan, kopi, coconut shake dan banyak lagi.

Selain meja dan kerusi, acara yang bermula dari 5 petang hingga 12 tengah malam turut menyediakan ruang solat, tandas serta suasana yang menarik dilimpahi lampu warna-warni dan mesra kanak-kanak.


Pengarang :