Jawatankuasa Khas Agama Budha Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor (Limas) V Ganabathirau (dua, kanan) beramah mesra bersama wakil rumah ibadat bukan Islam (Kuil) pada majlis penyerahan cek fasa 1/2022 di Bilik Gerakan Mtes Bangunan SSAAS Shah Alam pada 19 Ogos 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kerajaan Negeri tidak pernah henti dana rumah ibadat bukan Islam

SHAH ALAM, 20 OGOS: Kerajaan Negeri tidak pernah menghentikan bantuan kewangan lima agama (Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao).

Pengerusi bersama Jawatan Kuasa Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor (Limas) berkata bantuan itu masih disediakan bagi membolehkan aktiviti keagamaan dan baik pulih berjalan.

“Ada info mengatakan Kerajaan Negeri sudah hentikan dana ini. Fitnah yang kita tidak lagi dapat sediakan peruntukan.

“Cuma tahun ini kita agak lewat disebabkan beberapa masalah. Kita tidak lepas tangan dan Kerajaan Negeri berupaya menyalurkan bantuan,” kata V Ganabatirau.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan bantuan kepada 71 wakil kuil membabitkan peruntukan berjumlah RM670,000 semalam.

Pada Mei, Dato’ Teng Chang Khim yang juga jawantankuasa Limas memaklumkan sebanyak RM69.4 juta disalurkan Kerajaan Negeri kepada persatuan agama selain Islam sejak 2009 hingga kini.

Jelasnya peruntukan itu dibahagikan mengikut jumlah penganut agama utama di Selangor berdasarkan data populasi yang diperolehi daripada Jabatan Perangkaan Malaysia.

Berdasarkan data, peratusan untuk pembahagian peruntukan kepada persatuan agama Buddha, Tao dan lain-lain adalah sebanyak 60.47 peratus.

Manakala persatuan agama Hindu adalah 28.75 peratus, persatuan agama Kristian adalah 9.42 peratus dan persatuan agama Sikh pula 1.36 peratus.


Pengarang :