AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kerja selenggara siap, bekalan air Hulu Selangor mula disalur 8 pagi

SHAH ALAM, 10 OGOS: Kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Rasa siap dilaksanakan jam 5.30 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan bekalan air mula disalurkan secara berperingkat kepada pengguna bermula jam 8 pagi ini .

“Bekalan air kini dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 8 pagi, 11 Ogos 2022,” kata syarikat itu di Facebook.

Sehubungan itu, Air Selangor akan terus menggerakkan lori-lori tangki air di semua 188 kawasan wilayah Hulu Selangor yang terlibat.

“Air Selangor memohon maaf di atas sebarang kesulitan dan akan memastikan proses pemulihan bekalan di 188 kawasan wilayah Hulu Selangor berjalan lancar,” katanya.

Maklumat terkini dimaklumkan melalui semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Facebook, Twitter, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com.

Senarai kawasan yang menerima air berperingkat-peringkat selepas bekalan distabilkan dimuatkan di Facebook syarikat berkenaan.

 


Pengarang :