Imbasan mikroskop elektron menunjukkan SARS-CoV-2 (objek biru bulat) muncul dari permukaan sel yang dikultur di makmal, yang menyebabkan Covid-19. Virus itu diasingkan dari seorang pesakit di Amerika Syarikat pada 27 Februari 2020. Foto AFP
AGENDANASIONAL

Kes Covid-19 melonjak lebih 5,000, lagi 10 terkorban

SHAH ALAM, 4 OGOS: Jumlah jangkitan Covid-19 melonjak kepada 5,330 kes semalam berbanding 4,204 kes kelmarin dengan 10 lagi kematian dicatatkan.

Menurut data CovidNow, sebahagian besar kes membabitkan penularan tempatan manakala 13 lagi kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kepada 4,692,800 kes sejak pandemik.

Setakat semalam, sebanyak 46,523 kes aktif dengan kebolehjangkitan dilaporkan dengan 96.5 peratus atau 44,885 kes menjalani kuarantin di rumah manakala 1,560 kes dirawat di hospital.

Data turut menunjukkan sebanyak 3,075 kes sembuh setakat semalam sekali gus menjadikan jumlah individu pulih sepenuhnya ialah 4,610,282 orang.


Pengarang :