Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor Mohd Sabirin Mohd Sarbini (dua, kanan) bersama Pengarah Perkeso Negeri Selangor Zainol Abu (dua, kiri) menyerahkan sumbangan kepada waris ketika Program Skuad Prihatin Perkeso dan Serahan Faedah di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor turut sama Ketua Cawangan Synergy Prihatin Perkeso Ismail Abi Hasim (kanan) pada 17 Ogos 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kes hilang upaya antara tuntutan tertinggi dibayar Perkeso Selangor

KUALA SELANGOR, 18 OGOS: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Selangor membuat pembayaran faedah caruman lebih RM126.5 juta membabitkan 58,719 kes sejak Januari hingga Julai lalu.

Pengarahnya berkata faedah tuntutan paling tinggi disalur membabitkan kes hilang upaya sementara diikuti hilang upaya kekal (RM58.4 juta) (RM50.9 juta) dan pencen penakat (RM5.98 juta).

Zainol Abu memaklumkan faedah tuntutan lain termasuk pengurusan mayat iaitu RM5.41 juta, pencen ilat (RM4.91 juta) dan orang tanggungan (RM759,393).

“Petaling merekodkan jumlah penerima manfaat tertinggi setakat ini. Biasanya proses untuk menyelesaikan tuntutan pencarum mengambil masa antara tujuh hingga 45 hari mengikut keadaan kes,” katanya.

Beliau ditemui pada majlis serahan sumbangan kotak prihatin dan bayaran faedah pengurusan mayat kepada balu kakitangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman di kepala di sini semalam.

Pada 13 Jun lalu, Zainol memaklumkan pihaknya mempunyai prestasi indeks semasa (KPI) untuk melaksanakan proses bayaran kepada pencarum.

Beliau turut menasihatkan majikan membuat caruman terhadap pekerja supaya dapat dilindungi sekiranya berlaku insiden tidak diingini.


Pengarang :