Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin bersama murid Tahun Satu, Aidil Shahfitri ketika mengadakan lawatan kerja di Sekolah Kebangsaan Tengku Zainun, Tampin pada 18 Oktober 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

KPM lancar portal adu kes buli, pelajar dan ibu bapa boleh salur maklumat

SHAH ALAM, 13 OGOS: Sebuah portal aduan mengenai kes buli bakal dilancarkan minggu depan bagi menyalurkan kes salah laku itu secara komprehensif.

Menteri Kanan Pendidikan berkata aduan boleh dibuat menerusi e-mel, panggilan telefon serta saluran sedia ada di setiap sekolah masing-masing, lapor Sinar Harian.

Menurut Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin portal itu membolehkan pelajar, ibu bapa atau sesiapa sahaja menghantar aduan tanpa rasa bimbang tindakan itu diketahui pihak lain.

“Jadi kalau ada kecemasan berkaitan dengan buli, ini membolehkan setiap mesej yang hendak disampaikan secara sulit kerana ada platform yang jelas untuk mereka membuat aduan.

“Sebab itulah, kita wujudkan portal ini. Kita hendak supaya satu pelaporan yang lebih lengkap dan tersusun untuk membolehkan ibu bapa atau pelajar menyampaikan maklumat tersebut kepada kita (KPM),” katanya.

Mohd Radzi juga berkata, setiap aduan yang dilapor akan disiasat secara terperinci sebelum sebarang tindakan akan diambil.


Pengarang :