Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri hingga jam 5 petang.
AGENDANASIONAL

Lapan daerah di Selangor dijangka hujan lebat, ribut petir

SHAH ALAM, 20 OGOS: Lapan daerah di Selangor dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 3 petang hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalayasia) kawasan terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Beberapa kawasan di negeri lain turut mengalami cuaca yang sama iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Johor, Terengganu dan Sarawak.

MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :