Gambar hiasan. Foto BERNAMA
BERITA UTAMASELANGOR

Lapan daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 2 petang

SHAH ALAM, 25 OGOS: Lapan daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling Jaya, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat hingga jam 2 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan di Facebook memaklumkan amaran sama turut membabitkan Kuala Lumpur serta Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan.

Menurutnya amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :