Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa Dr Gunarajah George menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna ketika sambutan Jelajah Merdeka DUN Sentosa di Gelanggang Futsal Jalan Dato’ Yusuf Shahabudin, Klang pada 31 Ogos 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Lebih 25 kanak-kanak sertai kelas bimbingan percuma DUN Sentosa

KLANG, 31 OGOS: Lebih 25 kanak-kanak menyertai kelas bimbingan percuma anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa.

Wakil rakyatnya Dr G Gunarajah berkata kelas berkenaan merupakan inisiatif bagi membantu kanak-kanak ketinggalan khususnya mereka yang tidak pandai membaca dan menulis.

“Kelas diadakan selama tiga bulan ini adalah program dengan kerjasama pensyarah yang sukarela membantu kanak-kanak yang keciciran pelajaran.

“Mungkin di sekolah, ada tiga ke empat murid setiap kelas perlukan bimbingan dan sebab itu kita adakan program ini untuk bantu mereka,” katanya.

April tahun lalu, DUN Sentosa mengambil inistiatif menganjurkan kelas percuma bagi membantu murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran dengan keutamaan memastikan sekurang-kurangnya murid dapat mengenali 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Namun susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kelas bimbingan itu diteruskan secara dalam talian.


Pengarang :