Seramai 56 peserta terlibat dalam operasi menembak gagak di 20 lokasi sekitar Subang Jaya pada 6 Ogos 2022. Operasi dijalankan Majlis Bandaraya Subang Jaya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia bertujuan mengurangkan populasi haiwan berkenaan. Foto MBSJ
PBTSELANGOR

Lebih 4,000 gagak ditembak dalam operasi sekitar Subang Jaya

SHAH ALAM, 7 OGOS: Sebanyak 4,066 burung gagak ditembak di 20 lokasi dalam operasi Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MBSJ berkata operasi bermula jam 7 pagi hingga 9 malam itu bagi mengurangkan populasi haiwan berkenaan yang menimbulkan kacau ganggu.

Azfarizal Abdul Rashid berkata operasi yang membabitkan 56 peserta itu juga bertujuan meningkatkan tahap kebersihan di kawasan bandar raya terbabit.

“MBSJ juga menyeru orang ramai untuk menjaga kebersihan terutamanya dari aspek pembuangan dan pengurusan sampah untuk mengelakkan populasi burung gagak kembali bertambah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang awam disaran melayari laman sesawang MBSJ di www.mbsj.gov.my dan platform media sosial (facebook, instagram dan twitter) untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai hebahan atau perkhidmatan dalam talian yang disediakan.


Pengarang :