Petugas melakukan pemeriksaan kesihatan percuma melalui program iM Booster di Leisure Mall, Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Lebih 500 individu OKU, B40 jalani saringan kesihatan percuma

SHAH ALAM, 14 OGOS: Lebih 500 individu menjalani saringan kesihatan percuma di program iM Booster selama dua hari di Leisure Mall, Cheras Kuala Lumpur.

Pengasas iM Booster Dato’ Dr Soo Kam Seong berkata peserta yang hadir terdiri daripada golongan orang kurang upaya (OKU) dan berpendapatan rendah (B40) pelbagai peringkat usia.

“Sambutan amat baik malahan ramai orang yang memberi maklum balas mahukan program ini diteruskan lagi pada masa akan datang.

“Kita memang bercadang untuk menganjurkan lagi (program) ini dan sedang meneliti kesesuaian lokasi,” katanya kepada SelangorKini.

Program iM Booster yang bermula sejak semalam menumpukan kepada golongan sasar seperti OKU dan B40 untuk memberi kesedaran kepentingan penjagaan kesihatan.

Sebanyak 12 pempamer terdiri daripada pengamal perubatan tradisional dan komplementari yang terlibat dalam program tersebut.

Antara saringan disediakan ialah pemeriksaan darah, tahap strok, Indeks Jisim Badan (BMI) dan mata.


Pengarang :