AGENDAJENAYAH

Lelaki direman rogol rakan sekerja OKU dalam tandas

ALOR SETAR, 15 OGOS: Seorang lelaki yang disyaki merogol rakan sekerjanya dalam tandas di sebuah restoran di bandar raya ini bulan lalu direman di penjara sehingga menunggu tarikh perbicaraan akan datang.

Lelaki berusia 21 tahun itu ditahan susulan laporan dibuat ibu wanita yang juga orang kurang upaya (OKU) berusia 22 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada 1 Ogos lalu, lapor portal Berita Harian.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata lelaki itu ditahan di sekitar bandar raya ini sejurus laporan dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan sebatan

“Hasil siasatan mendapati, kejadian berlaku tanpa kerelaan mangsa yang mana wanita itu dipaksa dengan ditarik ke dalam tandas lelaki di restoran berkenaan.

“Mangsa kemudian dirogol dan dipaksa melakukan hubungan luar tabii,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata suspek dituduh di Mahkamah Sesyen Alor Setar semalam dan ditahan reman di penjara sehingga tarikh perbicaraan akan datang.


Pengarang :