Anggota bomba mengeluarkan pemandu treler yang tersepit selepas lori dipandunnya terbabas ke dalam gaung di Gunung Paku, Klian Intan di Pengkalan Hulu, Perak pada 13 Ogos 2022. Foto Ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak
AGENDA NASIONAL

Lelaki maut treler terbabas ke gaung sedalam 50 meter

GERIK, 13 OGOS: Seorang lelaki maut selepas treler muatan konkrit yang dipandunya terbabas ke dalam gaung di Gunung Paku, Klian Intan dekat Pengkalan Hulu di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, V Sanmuganatan, 48, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan, lapor portal Utusan Malaysia.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Hulu, Syahirul Anwar Abdul Azam berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 9.52 pagi.

“Setiba di lokasi kejadian, didapati sebuah treler berada di dalam gaung pada ketinggian 50 meter. Pemeriksaan lanjut bomba menjumpai seorang lelaki dipercayai pemandu tersepit dalam longkang.

“Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri itu dipercayai tercampak ketika lori terbabas ke gaung,” katanya.

Beliau berkata operasi segera dijalankan bagi mengeluarkan mangsa dan disahkan maut di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.


Pengarang :