Cuaca hujan lebat di sekitar ibu kota Kuala Lumpur pada 18 Julai 2020. Foto: BERNAMA
AGENDANASIONAL

Lembah Klang diramal ribut petir, hujan lebat hingga 1 pagi esok

SHAH ALAM,  27 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 1 pagi esok.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan sama dijangka turut melibatkan seluruh kawasan di beberapa negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Melaka.

Manakala di Kelantan pula melibatkan Jeli dan Tanah Merah, Terengganu (Kuala Terengganu), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol) serta Johor (Tangkak, Muar dan Batu Pahat).

Sarawak pula di Kuching, Serian, Samarahan, Bintulu (Sebauh)dan Miri (Subis, Beluru dan Telang Usan) serta Sabah iaitu Pantai Barat (Putatan, Penampang dan Ranau) dan Sandakan (Telupid).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :