AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Loji air henti tugas, bantuan alternatif digerak ke lokasi terkesan

SHAH ALAM, 11 OGOS: Bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan kepada pengguna terutama di premis kritikal berikutan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA Langat 2) awal pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) memaklumkan pihaknya sedang mengambil segala usaha bagi meminimumkan dampak gangguan terhadap pengguna di 397 kawasan dalam tiga wilayah yang terkesan.

Syarikat itu menjangka loji rawatan air terbabit akan beroperasi semula jam 3.30 petang hari ini bagi membolehkan proses rawatan air mentah dimulakan.

“Bekalan air terawat dijangka akan mula disalurkan kepada para pengguna secara berperingkat-peringkat apabila sistem agihan bekalan air telah distabilkan,” katanya dalam kenyataan.

LRA Langat 2 dihenti tugas sementara berikutan pencemaran bahan kimia di Sungai Semantan, Pahang berpunca daripada kemalangan di KM75.9 Lebuhraya Karak-Bentong menuju Kuala Lumpur semalam.

Maklumat terkini dimaklumkan melalui semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Facebook, Twitter, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com.

Senarai kawasan di wilayah Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat yang terkesan seperti berikut:

 


Pengarang :