Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor Dr Ahmad Shahir Makhtar (tengah) menyerahkan perjanjian kepada penyelidik dalam satu majlis di Shah Alam pada 26 Ogos 2022. Foto Mais
AGENSISELANGOR

Mais hasil 20 kajian babit hal ehwal Islam, tumpu kemaslahatan ummah

SHAH ALAM, 26 OGOS: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menghasilkan 20 kajian penyelidikan berkaitan isu hal ehwal Islam bermula 2019 sehingga 2022.

Setiausahanya Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata kesemua kajian berkenaan memberi tumpuan terhadap kemaslahatan ummah membabitkan aspek sosial dan ekonomi.

“Antara tumpuan skop pengajian ialah perkara-perkara yang melibatkan akidah, syariah, dakwah, perundangan keluarga, tadbir urus dan muamalat.

“Diharapkan, hasil kajian yang dijalankan dapat membantu Mais dalam mengenalpasti isu-isu berkaitan hal ehwal Islam Selangor selain dijadikan sebagai panduan dalam pengurusan penyelidikan di Mais,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Melalui kajian yang dijalankan, Dr Shahir berkata Mais berfungsi sebagai pusat sehenti bagi melaksana dan menyelia setiap penyelidikan yang dijalankan oleh jabatan, agensi dan anak syarikat di bawahnya.

“Kajian penyelidikan ini dilaksanakan dengan kerjasama daripada penyelidik luar membabitkan institusi pengajian tinggi awam dan swasta,” katanya lagi.

Terdahulu, beliau menyempurnakan majlis penyerahan perjanjian kepada barisan penyelidik dan laporan hasil penyelidikan 2021 dalam satu majlis di sini.


Pengarang :