Mais memberi taklimat proses pembangunan rumah mangsa banjir kepada pihak Maiwp pada program yang diadakan di Pulau Indah, Klang pada 10 Ogos 2022. Foto Mais
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Mais terima sumbangan RM3 juta, bina 20 rumah mangsa banjir

SHAH ALAM, 12 OGOS: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menerima sumbangan RM3 juta dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) bagi membina 20 rumah mangsa banjir pada Disember lalu.

Mais memaklumkan kediaman untuk golongan asnaf fakir dan miskin itu akan dibina di Klang, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Unit kediaman berukuran 798 kaki persegi dibina lengkap dengan kemudahan tiga bilik tidur dan dua bilik air.

“Sumbangan rumah untuk mangsa banjir ini melibatkan 20 buah rumah asnaf fakir dan miskin yang mengalami kemusnahan kediaman yang teruk.

“Sebanyak empat unit akan dibina di Klang, tiga unit di Petaling, tujuh di Hulu Langat dan enam unit di Sepang,” katanya di Facebook.

Sebelum itu, Mais dan Mawip turun ke beberapa lokasi rumah yang sedang dalam pembinaan di sekitar daerah Klang.


Pengarang :