Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan penajaan biasiswa Kepada pelajar cemerlang Yayasan Selangor ketika Jelajah Selangor Penyayang di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 2 Julai 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: 21 pelajar terima biaya penuh pendidikan, libat belanja RM500,000

SHAH ALAM, 4 OGOS: Seramai 21 anak Selangor menerima bantuan pembiayaan penuh pendidikan melibatkan belanja keseluruhan berjumlah RM500,000 pada tahun ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pinjaman kepada semua pelajar boleh bertukar menjadi biasiswa penuh selepas mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama.

“Ini merupakan tanda sokongan Kerajaan Negeri terhadap sektor pendidikan. Yayasan Selangor juga berbesar hati untuk lahirkan lebih ramai pelajar cemerlang,” katanya menerusi video di Facebook hari ini.

Wakil rakyat Sungai Tua itu memaklumkan pentadbirannya mengutamakan pendidikan bagi membentuk masyarakat berilmu dan cemerlang sekali gus menjamin kehidupan masa depan.

Justeru lapan program insentif digaris dalam Iltizam Selangor Penyayang (ISP) bertujuan memperkasakan pendidikan seawal peringkat kanak-kanak.

Program meliputi Pusat Tuisyen Rakyat, Iltizam Mahasiswa Selangor, Peduli Siswa, Bantuan Sekolah Selangor dan Inisiatif Kemahiran Teknikal Dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS).

Inisiatif lain ialah Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar), Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) dan Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor (Sepintas).

Pada Ahad, ketika program Jelajah Selangor Penyayang di Gombak, Amirudin menyerahkan biasiswa penuh tajaan Yayasan Selangor kepada 10 pelajar cemerlang.


Pengarang :