Orang ramai menunggu giliran untuk menjalani pemeriksaan kesihatan percuma melalui program Selangor Saring peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam Kemuning Utama pada 7 Ogos 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB ajak orang ramai daftar saringan kesihatan percuma di tiga DUN

SHAH ALAM, 13 OGOS: Saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Selangor bagi membantu individu mengesan awal risiko penyakit diadakan di tiga tiga Dewan udangan Negeri (DUN) pada hari ini dan esok.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata untuk hari ini, program Selangor Saring diadakan di Dewan Rozel MBSA, Seksyen U6 (DUN Kota Damansara) manakala Ahad di Dewan Rafflesia MBSA (DUN Kota Anggerik) dan Dewan Teratai Batu 17 Rawang (DUN Rawang).

“Saringan kesihatan percuma minggu ini untuk warga DUN Kota Damansara, Kota Anggerik dan Rawang mengesan awal penyakit jantung, buah pinggang, kanser dan lain-lain. Mohon Selangor Saring di aplikasi SELangkah,” maklumnya menerusi Facebook.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM3.4 juta bagi menjayakan program itu yang bakal memanfaatkan 39,000 penduduk khasnya yang ada sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Program hingga 4 September menawarkan saringan fizikal, ujian darah dan air kencing, mata, servik dan kanser payu dara, ujian darah najis okulta atau kolorektal serta prostat.


Pengarang :