Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas pembentangan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) di Bangunan Annex, Shah Alam pada 27 Julai 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

MB: Negeri pantau paras air sungai utama, semua agensi siap siaga

SHAH ALAM, 20 OGOS: Kerajaan Negeri memantau rapat situasi terkini berhubung paras air di beberapa sungai utama termasuk kadar taburan hujan semasa.

Dato’ Menteri Besar berkata semua agensi berkaitan sentiasa dalam keadaan bersiap siaga berdepan sebarang kemungkinan.

“Semua agensi berkaitan sentiasa dalam keadaan bersiap sedia,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook.

“Saya turut terima laporan banjir kilat di sekitar Taman Sri Muda. Pintu air telah dibuka sebagai usaha untuk mempercepatkan air surut.”

Sebelum ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan kawasan Taman Sri Muda mula dinaiki air lebih 0.7 meter susulan hujan lebat petang tadi.

Bagaimanapun, keadaan masih terkawal dan air belum memasuki kediaman.


Pengarang :