Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika majlis perasmian Program Sihat sempena Hari Belia Negara peringkat daerah Gombak di Melawati Mall, Ampang Jaya pada 27 Ogos 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

MB: Pembabitan, kerjasama anak muda dalam masyarakat membanggakan

AMPANG JAYA, 27 OGOS: Kerajaan Negeri berpuas hati dengan pembabitan anak muda dalam aktiviti bersama komuniti sekali gus dapat membentuk generasi yang mahu bermasyarakat.

Dato’ Menteri Besar berkata pihaknya sememangnya mahu melihat semua peringkat usia saling berganding bahu dan kerana itu Penggerak Belia Selangor (PeBS) ditubuhkan sebelum ini.

“Majlis hari ini (Hari Belia Negara peringkat Gombak) bukan sahaja dihadiri mereka dalam kategori belia tetapi semua peringkat usia dan ini yang kita inginkan iaitu pembabitan semua khususnya belia dalam komuniti.

“Kita tidak mahu belia mengesampingkan diri daripada komuniti dan berkumpul dengan minat mereka sahaja yang akhirnya menimbulkan kecurigaan antara satu sama lain,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Hari Belia Negara peringkat Gombak di perkarangan Melawati Mall di sini hari ini.

Pada majlis itu Amirudin turut melepaskan peserta berbasikal ‘fun ride’ yang dihadiri lebih 300 individiu. Antara program lain turut diadakan senam robik dan pameran dari pelbagai agensi.


Pengarang :