Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas pembentangan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) di Bangunan Annex, Shah Alam pada 27 Julai 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB perinci pelan pembangunan lima tahun di Bernama TV malam esok

SHAH ALAM, 4 OGOS: Dato’ Menteri Besar akan memberi maklum balas berhubung Rancangan Selangor Pertama (RS-1) menerusi Ruang Bicara kelolaan Bernama TV malam esok.

Datuk Seri Amirudin Shari bakal memperincikan pelan pembangunan negeri lima tahun itu dalam rancangan bual bicara yang dihoskan pengacara Sherkawi Jirim.

Program bermula 9 malam itu boleh diikuti menerusi Facebook dan YouTube Bernama TV, serta saluran Astro 502, unifiTV 631 dan myFreeview 121.

RS-1 dibentang Amirudin pada 27 Julai menjadi kerangka pembangunan negeri bagi tempoh lima tahun membabitkan nilai keseluruhan RM212.44 bilion.

Beliau berkata sebanyak RM92.44 bilion disalur kepada projek pembangunan peringkat negeri termasuk pelaksanaan beberapa insentif bagi menjamin kebajikan rakyat.

RS-1 turut mengambil kira aspek pelaksanaan dasar, projek dan inisiatif menyeluruh antara Kerajaan Negeri dan persekutuan tanpa mengetepikan pelan lima tahun Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) yang masih berjalan dan memberi kesan kepada Selangor.


Pengarang :