Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama pengurusan dan pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) selepas merasmikan Ekstival Konvokesyen Kuis kali ke-25 di Pusat Konvensyen Kuis, Kajang pada 13 Ogos 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB rasmi pesta konvokesyen ke-25 Kuis

HULU LANGAT, 14 OGOS: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari merasmikan program Ekstival 25 Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) malam ini.

Majlis selama enam hari itu berjalan seiring dengan penganjuran konvokesyen ke-25 universiti berkenaan yang bermula esok.

Antara acara diadakan sehingga 18 Ogos ialah jualan, pameran buku, larian, pertandingan e-sukan, sukan rakyat, bacaan al-Quran serta malam kesenian dan kebudayaan.

Kumpulan nasyid terkenal Raihan juga akan tampil membuat persembahan menghiburkan pengunjung.

Dua tahun kebelakangan ini, ekstival tidak dapat dilangsungkan akibat penularan Covid-19.


Pengarang :