Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika program Pakatan Harapan (HARAPAN) Indian Road Show 2022 di Dewan Auditorium Selangor Technical Development Centre (STDC), Kuala Selangor pada 27 Ogos 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MB: Selangor diterajui HARAPAN tidak pernah gagal bantu rakyat

KUALA SELANGOR, 28 OGOS: Kerajaan Negeri diterajui Pakatan Harapan (HARAPAN) (dahulu Pakatan Rakyat) sejak 2008 tidak pernah gagal dalam menjaga kebajikan rakyat.

Malah Dato’ Menteri Besar memaklumkan usaha membantu rakyat diteruskan walaupun terdapat pihak tertentu memberi imej buruk dengan mendakwa HARAPAN gagal mentadbir Selangor.

“Sejak 2008 lagi macam-macam perkara kita difitnah dan diburuk-burukkan. Mereka mengatakan bahawa jika kita perintah duit habis.

“Saya nak beritahu masyarakat India di Kuala Selangor, setiap tahun sejak mula mentadbir Kerajaan Negeri, kita membelanjakan RM100 hingga RM200 juta tetapi sekarang ada 43 program dengan memperuntuk RM500 juta untuk rakyat.

“Daripada lahir, anak masuk sekolah, peruntukan rumah ibadat, bantuan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, baucar Jom Shopping, Back to School kita peruntuk RM600 juta tanpa gagal,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau berucap pada program HARAPAN Indian Road Show di Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) di sini semalam.

Tambah Amirudin, selain itu, Kerajaan Negeri juga berjaya menambah jumlah rizab negeri berbanding Barisan Nasional (BN).

“Saya nak beritahu rizab Selangor atau simpanan ada RM3.4 bilion iaitu lapan ke sembilan kali ganda berbanding ditinggalkan mereka.

“Kita boleh buat sebab kerajaan kita bermula Pakatan Rakyat kini HARAPAN sentiasa pastikan buat yang terbaik dan tiada rasuah,” katanya.


Pengarang :