Foto Facebook Amirudin Shari
AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

MB ucap tahniah kejayaan Aaron-Wooi Yik, hadiah manis sempena Hari Kebangsaan

SHAH ALAM, 28 OGOS: Dato’ Menteri Besar mengucapkan tahniah atas kejayaan beregu badminton negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik meraih gelaran dunia, sebentar tadi.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kejayaan tersebut bukan sahaja menamatkan penantian 45 negara dalam Kejohanan Badminton Dunia, malah lebih manis menjelang sambutan kemerdekaan.

“Tahniah gandingan beregu badminton negara Aaron Chia – Soh Wooi Yik menewaskan ‘The Daddies’ untuk menjadi Juara Dunia.

“Hadiah yang amat manis menjelang Hari Kebangsaan. Penantian 45 tahun buat Malaysia akhirnya berakhir. Malaysia boleh!,” katanya di Facebook.

Aaron-Wooi Yik menamatkan penantian gelaran sulung Malaysia di pentas Kejohanan Badminton Dunia pada edisi ke-27 yang berlangsung di Tokyo, Jepun sebentar tadi.

Pasangan nombor satu negara itu muncul juara selepas menewaskan lawan yang pernah mereka temui ketika perlawanan penentuan pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-19, 21-14 dalam tempoh 40 minit.


Pengarang :