Pembentang Nuur Hazimah Baharuddin menerangkan penggunaan aplikasi e-Tuisyen ketika pelancaran program pengupayaan bagi meningkatkan prestasi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Putra Perdana (SMKPP) di Dewan Komuniti Putra Perdana, Sepang pada 31 Ogos 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MBI lancar program tingkat prestasi pelajar SPM guna aplikasi e-tuisyen

SEPANG, 31 OGOS: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI melancarkan program pengupayaan bagi meningkatkan prestasi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 menggunakan aplikasi e-tuisyen.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata sebagai permulaan 50 pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Putra Perdana (SMKPP) dipilih menjayakan program berkenaan.

“Program dengan kerjasama MindAppz Sdn Bhd ini merangkumi pembelajaran dalam talian yang komprehensif daripada pelbagai sudut seperti video tuisyen, soalan peperiksaan dan latih tubi.

“Sekolah ini merupakan yang pertama dengan memilih 50 pelajarnya. Kita akan semak kejayaan pada program ini dan jika beri perubahan dan dampak positif ia diadakan di kawasan lain.

“Selain program ini, pelajar juga menerima sim kad Data Internet Selangor untuk kemudahan mengakses,” katanya selepas melancarkan program berkenaan di Dewan Komuniti Putra Perdana di sini.

Terdahulu, beliau turut menyampaikan cek cura Data Internet Selangor kepada Pengetua SMKPP Wan Zuriah Wan Mat Yatim.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor (empat, kanan) menyerahkan cek cura Data Internet Selangor kepada Pengetua (SMKPP) Wan Zuriah Wan Mat Yatim (tiga, kanan) sempena pelancaran program pengupayaan bagi meningkatkan prestasi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 di Dewan Komuniti Putra Perdana, Sepang pada 31 Ogos 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

 


Pengarang :