Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Norita Mohd Sidek (dua,kanan) menyerahkan cek cura berjumlah RM10,000 kepada Yang Dipertua Persatuan Veteran Angakatan Tentera Malaysia (ATM) Selangor Mohd Din Husnin (dua,kiri) sempena Majlis Sambutan Kemerdekaan MBI bersama Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia ATM Selangor di Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam pada 22 Ogos 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MBI sumbang RM10,000 kepada Persatuan Veteran ATM Selangor

SHAH ALAM, 22 OGOS: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI hari ini menyumbang RM10,000 kepada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Norita Mohd Sidek berkata bantuan berkenaan bagi memudahkan persatuan tersebut membantu ahlinya yang memerlukan di seluruh negeri.

“Sumbangan ini sebahagian peruntukan dari MBI untuk komuniti. Tadi mereka maklumkan perlu membeli lampin kepada ahli yang terlantar, sumbangan kematian dan sebagainya.

Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Norita Mohd Sidek menyerahkan sumbangan kepada ahli Persatuan Veteren Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Selangor ketika Majlis Sambutan Kemerdekaan MBI bersama Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia ATM Selangor di Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam pada 22 Ogos 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Jadi kita harap sumbangan MBI ini dapat membantu,” katanya ditemui pada Majlis Sambutan Kemerdekaan MBI bersama Veteran ATM Selangor di Bangunan Darul Ehsan di sini.

Norita berkata pihaknya turut menyumbang RM500 kepada 10 veteran yang hadir selain memaklumkan program itu pertama kali diadakan bagi membolehkan warga MBI bertemu ahli persatuan tersebut.

“Kita mahu beri kesedaran dan membakar semangat warga MBI supaya mereka faham erti kemerdekaan, kerana baik di rumah atau pejabat atau di mana-mana pun kita perlu berjuang sesuatu,” katanya.


Pengarang :