BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MBPJ anjur program lupus perabot sempena Hari Kebangsaan

SHAH ALAM, 16 OGOS: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menganjurkan program pelupusan perabot sempena Hari Kebangsaan mulai 20 Ogos hingga 11 September ini.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan inisiatif ‘Spring Cleaning’ di bawah pengurusan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan awam diadakan di beberapa lokasi terpilih sekitar kawasan pentadbirannya.

Jelas PBT itu, bahan buangan yang diterima untuk dilupuskan termasuk perabot, elektronik dan pelbagai jenis barangan lama secara percuma.

“Orang awam diminta untuk meletakkan barangan yang hendak dikitar semula di hadapan rumah sebelum jam 10 pagi. Kutipan tidak akan dilakukan sekiranya lewat,” katanya di Facebook.

Maklumat lanjut boleh hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal MBPJ di talian 03 7954 1440 (Hazita).

Berikut tarikh dan lokasi terpilih:

1. 20 Ogos – Bukit Mayang Emas, Aman Suria PJU 1/46, Sri Damansara 11, SS3
2. 21 Ogos – Seksyen 8, Kota Damansara; Seksyen 9, 10, SS7
3. 27 Ogos – Seksyen 20, 21, 22, 5, SS21
4. 28 Ogos – Seksyen 11, 12, 3, SS22/22A, SS1
5. 3 September – SS25, PJU7, SS4, 4A, 4B, 4C, 4D
6. 4 September – Seksyen 17, 19, PJS 1 dan 3, SS5, 5A, 5B, 5C, 5D
7. 10 September – PJS 2 dan 4, SS9, SS26
8. 11 September – PJS 6 dan 10, SS9A


Pengarang :