Kenderaan komuniti yang disediakan secara percuma kepada orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas sekitar Shah Alam untuk mendapatkan rawatan di hospital serta pusat rawatan terpilih. Foto MBSA
PBTSELANGOR

MBSA sedia kenderaan percuma bawa warga emas, OKU ke pusat rawatan

SHAH ALAM, 25 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan khidmat penghantaran secara percuma kepada warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) yang ingin ke pusat rawatan.

Pihak berkuasa tempatan itu di Facebook memaklumkan program Khidmat Kenderaan Komuniti disediakan sepanjang Isnin hingga Jumaat bermula jam 8.30 pagi hingga 5 petang.

Lokasi penghantaran seperti berikut:

  • Klinik Kesihatan Seksyen 7 dan Seksyen 19
  • Klinik Kesihatan Bukit Kuda
  • Hospital Besar Shah Alam
  • Hospital Besar Sungai Buloh
  • Hospital Tengku Ampuan Rahimah
  • Pusat Perubatan Universiti Malaya

Penyediaan Kenderaan Komuniti adalah inisiatif MBSA menerusi tanggungjawab sosial korporat dan keprihatinannya berikutan perkhidmatan pengangkutan kepada golongan terbabit terhad dan sukar didapati.

Setakat ini, MBSA mempunyai dua unit kenderaan iaitu van yang diubah suai mengikut keperluan golongan OKU dan sebuah Proton Exora untuk warga emas.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh hubungi Jabatan Pembangunan Komuniti MBSA di talian 03-5522 2732.


Pengarang :