Wakil Media Selangor bergambar bersama trofi dan sijil penghargaan selepas memenagi anugerah ketika Majlis Apresiasi Media Tourism Selangor 2022 di Taman Eko Rimba Komenwel, Gombak pada 1 Ogos 2022. Media Selangor memenangi tiga anugerah Liputan Media Terbaik Kategori Bahasa Melayu, Wartawan Media Massa Terbaik dan Konten Media Sosial Terbaik TikTok. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDA NASIONAL

Media Selangor menang tiga anugerah Apresiasi Media Tourism Selangor

GOMBAK, 1 OGOS: Media Selangor memenangi tiga anugerah pada Majlis Apresiasi Media Tourism Selangor 2022, malam ini.

Anugerah itu diperoleh menerusi Liputan Media Terbaik: Kategori Bahasa Melayu (SelangorKini) yang diwakili oleh pengarangnya Afeeqa Afeera Abdul Rasol.

Bagi Konten Media Sosial Terbaik: TikTok (Selangor TV) anugerah itu diterima oleh wartawan media sosialnya Norhayati Umor.

Wartawan SelangorKini Zareef Muzammil pula dianugerah sebagai Wartawan Media Massa Terbaik.

Anugerah dan sijil penghargaan disampaikan oleh EXCO Pelancongan Hee Loy Sian di Resort Taman Eko Rimba Komanwel di sini.

Sebanyak 26 anugerah disampaikan pada majlis itu yang diadakan bagi mengiktiraf kerjasama dan sumbangan pihak media dalam memberi liputan sektor pelancongan di negeri ini.

EXCO Pelancong Hee Loy Sian (tengah) bergambar bersama wakil media selepas menerima anugerah ketika Majlis Apresiasi Media Tourism Selangor 2022 di Taman Eko Rimba Komenwel, Gombak pada 1 Ogos 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :