Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 di Parlimen pada 29 Oktober 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Menteri: Pembentangan Bajet 2023 kekal 28 Oktober, ikut kalendar Parlimen

SHAH ALAM, 7 OGOS: Pembentangan Bajet 2023 tidak dipercepat dan kekal pada 28 Oktober seperti yang dijadual dalam kalendar Parlimen, kata menteri kewangan.

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ramalan kononnya pembentangan dipercepat adalah tidak berasas, lapor Berita Harian, hari ini.

“Dakwaan menyatakan Bajet 2023 akan dibawa ke hadapan hanya khabar angin semata-mata dan mengikut pengetahuan saya ia masih sama dengan kalender Parlimen.

“Setakat ini, dalam kalender tarikh pembentangan Bajet 2023 masih 28 Oktober,” katanya.

Sebelum ini, firma penyelidikan CGS-CIMB Securities Sdn Bhd menjangkakan Bajet 2023 lebih awal berikutan pilihan raya umum dijangka semakin hampir.


Pengarang :