PBTSELANGOR

MPAJ anjur pertandingan memasak sempena Hari Tanpa Kenderaan

SHAH ALAM, 2 OGOS: Orang ramai dipelawa menyertai pertandingan memasak anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sempena Hari Tanpa Kenderaan bulan Ogos pada Ahad ini.

Pertandingan bertemakan rendang ayam menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM500 kepada juara diikuti naib johan (RM300), ketiga (RM200) serta saguhati RM100 bagi pemenang tempat keempat hingga ke-10.

Menerusi Facebook, MPAJ memaklumkan pertandingan itu bermula jam 8 pagi bertempat di Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah.

Mereka yang berminat boleh mengisi borang penyertaan sebelum 10 Ogos menerusi pautan https://forms.gle/s6MUSijM3r24GxoJ6.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Zakiah di talian http://www.wasap.my/601173024108/PertandinganMemasak atau Shima http://www.wasap.my/601111905747/PertandinganMemasak


Pengarang :