Orang ramai yang menyertai Larian Ulang Tahun Ketiga Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan di Dataran Kemerdekaan di Seksyen 14, Shah Alam pada 12 Januari 2020. Foto FILZAH YAMAL/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MPAJ anjur program jalan santai 3km Ahad ini

SHAH ALAM, 9 OGOS: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menganjurkan Program Jalan Santai sejauh tiga kilometer Ahad ini sempena Hari Tanpa Kenderaan bulan Ogos.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata pendaftaran peserta bermula jam 7.30 pagi bertempat di Padang Perbandaran Pandan Indah, Ampang.

Seramai 500 peserta terawal akan menerima baju-T percuma yang diperolehi semasa pendaftaran secara terus.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Ku Ariffin di talian http://www.wasap.my/60183184932

 


Pengarang :