Petugas Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiham Awam MPAJ menjalankan kerja penguraian sisa pepejal menggunakan mesin anaerobic digester pada 22 Ogos 2022. Foto Facebook MPAJ
PBTSELANGOR

MPAJ proses 250kg sisa makanan jadi baja kompos, bahan bakar

SHAH ALAM, 23 OGOS: Lebih 250 kilogram (kg) sisa pepejal diproses Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk dijadikan baja kompos dan bahan bakar semalam.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiham Awam berjaya mengurai 81.5kg sisa nasi dan 172.9kg sisa makanan lain menggunakan mesin anaerobic digester.

“Sisa ini telah dikutip dan dibawa ke tapak pelupusan iaitu Pusat Anaerobic Digester.

“Tahukah anda pusat ini berfungsi menguraikan sisa makanan menjadi kompos serta menghasilkan bahan bakar,” tulisnya di Facebook.

MPAJ menambah mesin itu juga selamat dan tidak menghasilkan sebarang pencemaran bau serta bau busuk.


Pengarang :