Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Elya Marini Darmin bercakap kepada media selepas majlis perasmian bengkel Jejak Warisan Bandaraya Diraja Klang di Dewan Hamzah, MPK, Klang pada 17 Ogos 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MPK buka tiga pusat perlindungan haiwan terbiar tahun depan

KLANG, 17 OGOS: Majlis Perbandaran Klang (MPK) bakal membuka tiga pusat perlindungan haiwan terbiar pada hujung tahun depan, kata timbalan yang dipertuanya.

Elya Marini Darmin berkata tiga lokasi pusat perlindungan itu ialah di Jalan Sungai Pinang, Pulau Indah dan dua di Taman Perindustrian Kapar Bestari.

“Pusat perlindungan berkeluasan antara 1.6 hingga 3.2 hektar ini dijangka mula beroperasi hujung tahun depan dan melindungi kucing, lembu dan anjing terbiar.

“Pembukaan pusat perlindungan ini adalah sebahagian daripada langkah MPK ke arah bandaraya sekali gus mengurangkan kadar haiwan terbiar di seluruh kawasan Klang,” katanya hari ini.

Terdahulu Bengkel Jejak Warisan Bandaraya Klang siri kedua dihadiri 50 peserta diadakan di Dewan Hamzah MPK di sini dirasmikan EXCO Kebudayaan dan Warisan Borhan Aman Shah.

Tambah Elya Marini, lokasi pusat perlindungan itu terletak jauh dari kawasan perumahan supaya tidak mengganggu penduduk setempat.

“Setakat ini, perbincangan sedang dijalankan dan mengalu-alukan badan bukan kerajaan (NGO) yang pakar mengendalikan haiwan terbiar,” katanya.


Pengarang :