Yang Dipertua MPK Noraini Roslan (kanan) melawat gerai pameran sempena Hari Klang Tanpa Kenderaan di Padang Laman Seri pada 21 Ogos 2022. Foto Facebook Majlis Perbandaran Klang
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MPK ke arah bandar pintar, PBT pertama realisasi teknologi 5G

SHAH ALAM, 22 OGOS: Majlis Perbandaran Klang (MPK) muncul pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama
menyediakan akses internet berasaskan teknologi 5G secara percuma kepada pengguna awam.

Yang Dipertuanya Noraini Roslan berkata kerjasama dengan Telekom Malaysia Bhd (TM) bagi mendigitalkan komuniti Klang mendepani arus pemodenan teknologi itu sekali gus mencapai status bandar pintar.

“Teknologi ini membolehkan pengguna mengalami pengalaman 5G menggunakan peranti sedia ada dengan menyambungkannya ke pengecam set perkhidmatan (SSID) WiFi 5G yang disediakan,” katanya.

Beliau bercakap ketika merasmikan program Hari Klang Tanpa Kenderaan di Padang Laman Seri semalam, yang bertemakan ‘Perarakan Jiwa Merdeka’ sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-65.

Pelbagai aktiviti dianjurkan antaranya pertandingan permainan tradisi seperti congkak dan batu seremban selain acara melukis ‘kolam’.

 


Pengarang :