Antara gerai di Bazar Ramadan Bandar Kinrara yang mendaftar saluran e-dagang Platform Selangor (PLATS) pada 19 April 2021. Foto MUSTAKIM RAMLI/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MPKS pelawa penjaja daftar latihan percuma, bantu tingkat pendapatan

SHAH ALAM, 18 OGOS: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mempelawa peniaga menyertai program Latihan Pembangunan Penjaja Mikro Selangor pada 22 Ogos ini.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan program secara percuma dengan kerjasama Platform Selangor (PLATS) diadakan di Dewan MPKS Bandar Baru, Kuala Selangor.

“Peserta bakal didedahkan dengan asas digitalisasi perniagaan, adaptasi transaksi pembayaran tanpa tunai dan pengurusan media sosial perniagaan,” katanya di Facebook.

Pendaftaran adalah terhad kepada 100 orang sahaja dan menariknya peserta juga berpeluang menerima wang tunai RM100.

Peserta yang berminat untuk sertai boleh mengisi butiran diri dengan berdaftar melalui pautan https://forms.gle/Ddbr6D14iK4d2ATE8, sebarang pertanyaan boleh hubungi Erliana di talian 03-3289 1439.

Sehingga kini, seramai 14,470 peniaga telah memanfaatkan dan mengaut keuntungan melalui PLATS.

PLATS diperkenal Ramadan dua tahun lepas bagi melengkapkan ekosistem Agenda Digitalisasi Selangor menerusi platform digital susulan penularan wabak Covid-19.

Pada 11 April tahun lalu, PLATS 2.0 dilancarkan bagi membantu peniaga menjana pendapatan sepanjang masa, tidak terhad ketika bulan puasa sahaja.

Platform maya siri 3.0 itu diteruskan pada April tahun ini melibatkan kerjasama Permodalan Negeri Selangor Berhad, Rakan Digital Selangor dan 12 pihak berkuasa tempatan.


Pengarang :