PBTSELANGOR

MPKS tawar potongan separuh nilai kompaun sepanjang bulan kemerdekaan

SHAH ALAM, 17 OGOS: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menawarkan pengurangan kompaun sebanyak 50 peratus bagi semua kesalahan sepanjang bulan kemerdekaan.

Pihak berkuasa tempatan itu menerusi Facebook memaklumkan tawaran berkenaan diberikan sempena ulang tahun pertamanya mencapai status perbandaran selepas 43 tahun berstatus daerah.

“Kempen ini bertujuan memberi ruang kepada orang awam untuk menjelaskan kompaun sepanjang 1 hingga 31 Ogos,” tulisnya.

MPKS turut memaklumkan pembayaran boleh dilakukan secara dalam talian menerusi
ip3ks, aplikasi CEPat – Citizen E-Payment dan aplikasi PBTPay.

Selain itu, pembayaran secara terus juga boleh dibuat pada Isnin hingga Jumaat mulai jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang di kaunter cawangan Unit Perundangan.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Unit Perundangan MPKS di talian 03-3289 7385 sambungan 30.

 


Pengarang :