Pengerusi bersama Jawatankuasa Khas Agama Budha Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor (Limas) V Ganabathirau (tengah) bergambar bersama wakil pengurusan kuil selepas majlis penyerahan cek di bilik gerakan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES), Shah Alam pada 19 Ogos 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Negeri peruntuk RM1.8 juta penuhi keperluan aktiviti, baik pulih kuil

SHAH ALAM, 19 OGOS: Sejumlah RM1.8 juta diperuntukkan kepada pengurusan kuil tahun ini bagi membantu proses baik pulih dan infrastruktur rumah ibadat berkenaan.

Pengerusi bersama Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor (Limas) berkata bantuan diserah secara berperingkat sehingga hujung tahun.

“Hari ini, sebanyak 71 wakil kuil menjadi kumpulan pertama menerima bantuan Kerajaan Negeri membabitkan belanja RM670,000.

“Setiap kuil yang layak menerima antara RM10,000 hingga RM20,000 mengikut keperluan masing-masing termasuk untuk menjalankan aktiviti keagamaan,” kata V Ganabatirau selepas majlis serahan di bilik Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES).

Pada Mei,  Dato’ Teng Chang Khim yang juga jawantankuasa Limas memaklumkan sebanyak RM69.4 juta disalurkan Kerajaan Negeri kepada persatuan agama selain Islam sejak 2009 hingga kini.

Jelasnya peruntukan itu dibahagikan mengikut jumlah penganut agama utama di Selangor berdasarkan data populasi yang diperolehi daripada Jabatan Perangkaan Malaysia.


Pengarang :