BERITA UTAMASELANGOR

Negeri rai ambang merdeka 30 Ogos, pelbagai aktiviti menarik menanti orang ramai

SHAH ALAM, 25 OGOS: Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 peringkat negeri dijadual berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada jam 8 malam, 30 Ogos.

Sambutan diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya persembahan artis terkenal Erni Zakri dan Black Hanifah, perarakan dan perbarisan, tarian pelbagai bangsa, koir, kawad senyap, tempur tanpa senjata serta pertunjukan bunga api.

Selain itu, program selawat dan munajat yang dipimpin Habib Ali Zaenal Abidin turut diadakan pada jam 4.45 petang.

Kempen sambutan kemerdekaan ke-65 peringkat negeri dilancarkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada 31 Julai.

Tahun ini, Selangor memilih tema #KitaSelangorTeguh Bersama yang membawa maksud kebersamaan dan keberanian rakyat di pelbagai peringkat dalam menghadapi cabaran melanda.

Tema sempena sambutan kemerdekaan peringkat negeri merupakan refleksi rakyat yang sentiasa membangunkan antara satu sama lain.


Pengarang :