Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (depan,tengah) bergambar bersama tok batin sempena Majlis Perjumpaan Pemimpin Masyarakat Orang Asli Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 7 Julai 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Negeri tawar biasiswa, elaun bulanan dorong Orang Asli lanjut pengajian

SHAH ALAM, 24 OGOS: Kerajaan Negeri mengambil berat masa depan masyarakat Orang Asli dengan menyediakan bantuan khas pendidikan menerusi Biasiswa Sagong Tasi.

Dato’ Menteri Besar berkata yuran pengajian anak Orang Asli yang melanjutkan pengajian ditanggung sepenuhnya selain turut menerima elaun sara diri sebanyak RM600 sebulan.

“Sebagai komitmen tambahan menyokong masyarakat Orang Asli, permohonan ini juga dibuka sepanjang tahun.

“Kerajaan Negeri sangat menghargai sumbangan komuniti ini kepada kemakmuran negeri. Semoga inisiatif ini membawa kebaikan dan meringankan beban,” katanya di Facebook.

Biasiswa Sagong Tasi dikhususkan untuk masyarakat Orang Asli di negeri ini melanjutkan pengajian di insitusi pengajian tinggi terpilih dengan memenuhi beberapa kriteria.

Pusat pengajian merangkumi Universiti Teknologi MARA, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Selangor, Kolej Universiti Islam Selangor dan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC).

Permohonan boleh dibuat menerusi https://tkwbns.selangor.gov.my/


Pengarang :