Hebahan di akaun Facebook palsu Jabatan Imigresen Malaysia. Foto Facebook Jabatan Imigresen Malaysia
AGENDANASIONAL

Orang ramai dinasihat tidak terpedaya hebahan di Facebook palsu imigresen

KUALA LUMPUR, 23 OGOS: Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dan tidak terpedaya dengan hebahan di satu akaun Facebook palsu, yang menggunakan nama Jabatan Imigresen Malaysia.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasminya, jabatan itu memaklumkan terdapat akaun palsu menggunakan logo jabatan itu, selain turut memuat naik kenyataan media yang menggunakan nama Ketua Pengarah Imigresen Malaysia (Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud).

Kenyataan itu meminta orang ramai agar segera melaporkan kepada pihaknya jika terdapat sebarang maklumat yang meragukan supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

“Sila rujuk portal (https://www.imi.gov.my) dan Facebook rasmi Jabatan Imigresen Malaysia untuk sebarang maklumat lanjut,” demikian menurut kenyataan itu.

– BERNAMA


Pengarang :