Peserta membuat pemeriksaan kesihatan menerusi program Selangor Saring DUN Batu Tiga di Dewan Heritier, Shah Alam pada 21 Ogos 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Orang ramai dipelawa hadir saringan kesihatan percuma di dua lokasi esok

SHAH ALAM, 26 OGOS: Program saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri berlangsung di dua lokasi esok, maklum EXCO kesihatan awam.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata dua lokasi berkenaan adalah di Dewan Masyarakat Seri Manja, Petaling Jaya dan Dewan PKNS Kelana Jaya.

Program Selangor Saring dijadual berlangsung jam 9 pagi hingga 3 petang boleh didaftar menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah).

“Semua tahu nilai sihat itu mahal, dan langkah cegah adalah yang terbaik! maka jangan bertangguh lagi … ayuh, daftarlah segera,” kata beliau menerusi Facebook.

Dr Siti Mariah juga memaklumkan, prorgam itu akan diteruskan ke Dewan Orang Ramai Kg Melayu, Seri Kundang dan Kompleks 3K MBSJ, Subang Jaya pada Ahad.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM3.4 juta bagi menjayakan program itu yang bakal memanfaatkan 39,000 penduduk khasnya yang ada sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Program hingga 4 September menawarkan saringan fizikal, ujian darah dan air kencing, mata, barah payu dara, servik, ujian darah najis okulta atau kolorektal serta prostat.


Pengarang :