Kumpulan Caliph Buskers membuat persembahan pada program Vaksin Selangor (Selvax) di pusat pemberian vaksin (PPV) Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya pada 21 Ogos 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Orang ramai dipelawa sertai pertandingan lagu rakyat sempena program rewang MPS

SHAH ALAM, 11 OGOS: Orang ramai khususnya yang mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dipelawa menyertai Pertandingan Battle of Buskers Lagu Rakyat anjuran Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

MPS menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan pertandingan itu adalah bersempena dengan Program Rewang Sekampung Daerah Gombak 2022.

Katanya, program itu akan diadakan 29 Ogos ini bertempat di kawasan tempat letak kenderaan, Pejabat Penghulu Mukim Kuang pada jam 8 malam.

“Anda berbakat dalam bidang nyanyian? Serlahkan bakat nyanyian anda dengan lagu-lagu rakyat dalam Pertandingan Battle of Buskers Lagu Rakyat sempena Program Rewang Sekampung Daerah Gombak 2022 pada 29 Ogos 2022.

“Pemenang berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM1,000 (johan), naib johan (RM700), tempat ketiga (RM500) dan masing-masing RM200 dan RM100 bagi tempat keempat serta kelima,” katanya.

Menurut MPS, pertandingan itu terbuka kepada penyertaan 10 kumpulan terawal dan ia adalah percuma.

Mereka yang berminat boleh mengimbas kod QR atau layari pautan https://bit.ly/3vVspx8 untuk syarat pertandingan.

Maklumat lanjut dan borang penyertaan boleh didapati dengan menghubungi talian 017- 3140169 (Azira).


Pengarang :